Program Graduan Kijang

Program Graduan Kijang memberikan pendedahan yang unik kepada peranan Bank Negara Malaysia yang pelbagai dalam membangunkan negara. Kami menawarkan tiga aliran di bawah program ini, iaitu aliran Graduan Penganalisis, Graduan Penganalisis Penyeliaan, dan Graduan Penganalisis Digital.  

Ingin maklumat lanjut tentang program ini? Tonton webinar di atas untuk mendengar perkongsian pengalaman sendiri daripada KGP kami yang sedang berkhidmat sebagai Graduan Penganalisis. Ikuti media sosial kami untuk maklumat terkini!


Graduan Penganalisis

Aliran Graduan Penganalisis memberikan anda pengalaman yang holistik tentang tugasan di perbankan pusat. Anda akan ditugaskan mengikut giliran di ketiga-tiga sektor di Bank Negara Malaysia selama 18 bulan. Pengalaman ini membolehkan anda mengenal pasti pelbagai bidang kerjaya yang sesuai dengan diri anda:

Kestabilan Monetari

Sektor Kestabilan Monetari merumuskan dan mengendalikan dasar monetari supaya inflasi kekal rendah dan stabil, di samping memastikan dasar monetari menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan. Sektor ini juga bertanggungjawab untuk menggalakkan satu rejim kadar pertukaran yang paling sesuai dengan asas-asas ekonomi negara.

Kestabilan Kewangan

Sektor Kestabilan Kewangan memberikan tumpuan pada usaha memastikan ketahanan sektor kewangan Malaysia berdaya tahan pada setiap masa. Hal ini bagi memastikan perkhidmatan kewangan – iaitu pemberian pinjaman, pembiayaan, insurans, takaful, pembayaran, kiriman wang, dan lain-lain – dapat memenuhi keperluan isi rumah dan sektor perniagaan yang adil dan diyakini.

Pengurusan Korporat

Sektor Pengurusan Korporat memberikan tumpuan pada usaha memastikan keberkesanan organisasi Bank dalam tiga dimensi yang luas, iaitu penglibatan dengan pihak luar, pembangunan organisasi dan pengurusan operasi.


Graduan Penganalisis Penyeliaan

Laluan Graduan Penganalisis Penyeliaan memberi anda pendedahan paling luas kepada industri perkhidmatan kewangan. Anda akan mendapat pendedahan secara langsung kepada operasi dan selok-belok institusi kewangan, membangunkan keupayaan penilaian risiko yang kukuh, dan mendapat pemahaman yang menyeluruh tentang kesalinghubungan antara mandat kestabilan kewangan dan mandat lain Bank. Sepanjang 18 bulan, anda akan digilirkan merentas fungsi penyeliaan Bank, memberikan anda peluang untuk melibatkan diri dengan pemimpin industri dan pakar serta menyediakan anda untuk kerjaya yang memuaskan sebagai Penyelia.

Sektor Penyeliaan

Di Bank Negara Malaysia, peranan penyeliaan adalah untuk memelihara kestabilan dan integriti sistem kewangan kita dengan memastikan keselamatan dan kekukuhan institusi kewangan. Dengan menggunakan rangka kerja penyeliaan berasaskan risiko, kami menjalankan pengawasan berterusan dan penilaian risiko ke atas institusi kewangan untuk memastikan bahawa sebarang kelemahan ditangani dan risiko yang muncul dikenal pasti secara awal. Kami juga menyokong pembangunan sektor kewangan, khususnya dalam bidang pendigitalan, rangkuman kewangan, perubahan iklim dan kewangan Islam.


Graduan Penganalisis Digital

Aliran Graduan Penganalisis Digital memberikan pendedahan kerja yang lebih tertumpu pada infrastruktur teknologi bank pusat dan daya tahan IT dalam sektor kewangan. Anda akan diberikan giliran tugas dalam tiga pasukan Digital Bank untuk tempoh 18 bulan. Langkah ini membolehkan anda meraih pengalaman yang mendalam dalam tugasan strategi dan operasi digital risiko IT serta penyeliaan dan tugasan sains data.

Pasukan Digital dan Teknologi

Kumpulan-kumpulan ini adalah pakar dalam isu-isu digital dan teknologi dengan dua bidang tumpuan yang luas. Bidang tumpuan utama yang pertama adalah untuk memastikan tugas-tugas pengawalan dan pengawalseliaan Bank terus berkesan untuk memelihara daya tahan sektor kewangan Malaysia dalam mengharungi landskap risiko teknologi yang berubah-ubah. Bidang tumpuan kedua adalah bagi memastikan Bank mendapat manfaat teknologi sepenuhnya. Hal ini bertujuan untuk membantu memilih dan menggunakan penyelesaian teknologi yang bersesuaian, di samping memastikan sistem dan aplikasi teknologi Bank terus relevan dengan pengedaran masa.


Kami akan menyokong perkembangan anda di kedua-dua aliran melalui pelbagai inisiatif, termasuk:

Program Onboarding (Suai Tugas)

Program Graduan Kijang akan bermula dengan sesi onboarding selama dua minggu yang akan memberikan tumpuan pada organisasi, fungsi-fungsi utama serta budaya dan nilai Bank.

Program Mentor

Setiap Graduan Penganalisis akan diletakkan di bawah bimbingan seorang mentor yang akan membantu anda untuk terus maju dalam mencapai matlamat kerjaya anda.

Sesi-Sesi Networking

Anda akan berpeluang untuk bertemu dan membina hubungan dengan Graduan Penganalisis lain dan kakitangan Bank melalui perjumpaan networking tak formal (secara maya atau bersemuka).

Pada akhir program ini, peserta program yang berjaya akan ditawarkan peluang perkerjaan tetap di Bank.


Mengapa Sertai Kami?


Profil Penganalisis

Beberapa penganalisis kami berkongsi pengalaman mereka. Klik pada nama mereka untuk kisah selanjutnya.


Dengar perkongsian dari penganalisis graduan kami


Maklumat untuk Pemohon

Semua calon mesti memenuhi syarat kemasukan yang berikut:

  • Warganegara Malaysia;

  • Kelayakan Akademik:

    • Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana: Dijangka mencapai, atau telah mencapai, ijazah kelas kedua atas (2:1), atau CGPA 3.5/4, atau WAM 75% dalam ijazah sarjana muda atau sarjana dalam mana-mana disiplin daripada institusi akademik terkemuka;

      ATAU

    • Kelayakan profesional perakaunan: Dijangka mencapai, atau telah mencapai, skor purata sebanyak 65 dalam semua kertas peperiksaan, dengan ulangan peperiksaan yang minimum dalam kelayakan perakaunan profesional daripada institusi akademik terkemuka;

  • Mendapat keputusan akhir sebelum 1 April atau 1 September; dan

  • Mempunyai kurang daripada setahun pengalaman bekerja sepenuh masa selepas tamat pengajian.


Proses Permohonan dan Penilaian


Cara Memohon

Maklumat Penting

Dengan menghantar permohonan, anda membuat pengisytiharan yang anda telah membaca, memahami, dan menerima Notis Akta Perlindungan Data Peribadi (2010) dan memberi kami kebenaran penuh untuk memproses maklumat peribadi dan data sensitif anda.


Soalan Lazim Program Graduan Kijang

Umum

Permohonan KGP

1. Di manakah saya boleh dapatkan maklumat lanjut dan memohon Program Graduan Kijang?
2. Saya telah menamatkan pengajian tetapi transkrip saya masih belum dikeluarkan. Bolehkah saya memohon?

Sekiranya anda telah menamatkan pengajian pada 1 April atau 1 September, anda layak untuk memohon salah satu pengambilan tahunan iaitu sama ada pada bulan April atau September. Anda perlu menyerahkan transkrip yang menunjukkan bahawa anda telah menamatkan pengajian.

Sebagai alternatif, jika keputusan peperiksaan akhir anda masih belum diumumkan, anda akan diberikan borang pengisytiharan untuk ditandatangani yang menyatakan bahawa anda akan menyerahkan keputusan anda kemudian.

Jika anda disenarai pendek untuk temu duga, anda perlu menyerahkan keputusan akhir anda seperti yang dinyatakan dalam permohonan anda.

3. Berapa lamakah jangka masa Program Graduan Kijang?

Tempoh program ini adalah selama 18 bulan. Peserta Graduan Kijang akan digilirkan dalam jabatan/fungsi yang berbeza dalam BNM.

4. Adakah terdapat aliran yang berbeza di bawah Program Graduan Kijang?

Ya! Terdapat sebanyak tiga aliran.

Aliran Penganalisis Graduan – Memberikan anda pengalaman holistik berkaitan operasi perbankan pusat. Sepanjang 18 bulan, anda akan digilirkan mengikut tiga sektor utama BNM: Kestabilan Monetari, Kestabilan Kewangan dan Pengurusan Korporat. Penggiliran ini membolehkan anda didedahkan dengan pelbagai laluan kerjaya dengan BNM.

Aliran Penganalisis Graduan Digital – Memberikan anda pendedahan khusus kepada infrastruktur digital BNM serta daya tahan teknologi sektor kewangan. BNM akan melengkapkan anda dengan pemahaman menyeluruh tentang kerja-kerja sains data, risiko dan penyeliaan IT, serta strategi dan operasi digital melalui penggiliran dalam tiga jabatan digital dan teknologi BNM sepanjang tempoh 18 bulan.

Aliran Penganalisis Graduan Penyeliaan – Menawarkan peluang penggiliran dalam pelbagai fungsi penyeliaan di BNM. Aliran ini memberi anda pendedahan meluas kepada industri perkhidmatan kewangan. Anda akan mendapat pendedahan secara langsung kepada operasi dan selok-belok institusi kewangan, membangunkan keupayaan penilaian risiko yang kukuh sertamendapat pemahaman yang menyeluruh tentang kesalinghubungan antara mandat kestabilan kewangan dengan mandat BNM yang lain. Aliran ini membolehkan anda berinteraksi dengan pemimpin dan pakar industri, lantas menyediakan anda untuk kerjaya yang memenuhi impian sebagai seorang Penyelia.

5. Apakah jangkaan pada akhir Program Graduan Kijang?

Penilaian ke atas prestasi keseluruhan peserta akan dijalankan. Hanya Graduan Penganalisis / Graduan Penganalisis Digital / Graduan Penganalisis Penyeliaan yang menunjukkan prestasi yang baik akan ditawarkan pekerjaan tetap di BNM.

6. Adakah peserta akan dibayar gaji atau elaun? Berapakah jumlahnya?

Graduan Penganalisis / Graduan Penganalisis Digital / Graduan Penganalisis Penyeliaan akan dibayar setaraf eksekutif BNM dengan gaji dan manfaat kompetitif yang selaras dengan standard industri.

7. Bilakah saya boleh mengetahui keputusan permohonan saya?

Calon yang berjaya akan dimaklumkan dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas tarikh tutup. Berikutan jumlah permohonan yang banyak, BNM hanya akan memberikan makluman kepada pemohon yang lain setelah penilaian oleh pusat penilaian selesai.

8. Berapa kalikah pengambilan Program Graduan Kijang dilaksanakan dalam setahun?

Program ini mempunyai dua pengambilan dalam setahun, lazimya pada bulan April dan September.

9. Adakah BNM menyediakan pilihan "buyout" jika saya meletakkan jawatan daripada organisasi tempat saya bertugas sekarang?

BNM tidak menawarkan pilihan “buyout”.

10. Saya mempunyai ijazah Sarjana, bolehkah saya memohon?

Ya, anda boleh memohon selagi anda mempunyai pengalaman bekerja tidak lebih daripada satu tahun.

11. Bolehkah saya meletakkan jawatan selepas berada dalam program ini selama beberapa bulan?

Ya, anda boleh meletakkan jawatan dengan memberikan notis satu (1) bulan.

12. Bagaimanakah penggiliran dilaksanakan?

Peserta Graduan Kijang boleh menyatakan pilihan hingga tiga jabatan pada setiap penggiliran. Walau bagaimanapun, penempatan jabatan tidak dijamin dan BNM berhak untuk menempatkan peserta Graduan Kijang di mana-mana jabatan yang bersesuaian.

13. Bagaimanakah peserta Graduan Kijang dinilai pada setiap penggiliran?

Pada akhir setiap enam bulan penempatan, peserta Graduan Kijang dan jabatan akan menjalankan penilaian prestasi. Penilaian ini akan digunakan sebagai salah satu sumber bagi menilai potensi Graduan untuk memegang jawatan tetap dalam BNM.

1. Apakah nilai yang BNM cari pada calon Program Graduan Kijang?

Sila rujuk bahagian “Calon yang Kami Cari” dalam laman web bnm.gov.my/careers

2. Bolehkah saya memohon jika kelayakan akademik saya bukan dari bidang ekonomi/perniagaan atau digital?

Ya, kami menerima permohonan calon yang memiliki kelayakan akademik daripada semua bidang.

3. Bolehkah saya memohon jika saya mempunyai lebih daripada satu tahun pengalaman kerja selepas tamat pengajian?

Tidak, kami hanya mempertimbangkan calon yang mempunyai kurang daripada satu tahun pengalaman kerja selepas tamat pengajian. Walau bagaimanapun, kami menggalakkan mereka yang mempunyai lebih banyak pengalaman untuk meneroka pelbagai peluang pekerjaan di BNM melalui laman sesawang BNM, Jobstreet atau LinkedIn.

4. Adakah latihan industri/tahun penempatan dikira sebagai sebahagian pengalaman kerja selama satu tahun selepas tamat pengajian?

Tidak, latihan industri, tahun penempatan dan program seumpamanya yang dijalankan semasa tempoh di universiti/pengajian tinggi tidak akan dikira sebagai sebahagian pengalaman kerja selama satu tahun selepas tamat pengajian.

5. Bolehkah saya memohon dengan keputusan jangkaan/sementara?

Anda boleh memohon dengan keputusan jangkaan/sementara tetapi anda akan diminta untuk mengisi borang pengisytiharan. Jika anda disenarai pendek untuk temu duga, kami akan meminta anda menyediakan bukti keputusan sebenar/akhir seperti yang disenaraikan dalam permohonan anda pada hari pusat penilaian.

6. Bolehkah saya mengubah permohonan saya selepas dihantar?

Tidak, anda tidak akan dapat mengubah permohonan anda selepas dihantar.

7. What occurs post-application submission?

Selepas menghantar permohonan, calon yang berjaya akan menerima makluman daripada kijang.gp@bnm.gov.my bagi menghantar dokumen untuk pengesahan satu minggu selepas tarikh tutup. Seterusnya, calon yang disenarai pendek akan menjalani Pra-Penilaian dan butiran lanjut akan dimaklumkan kemudian.

8. Adakah calon yang tidak berjaya akan menerima maklumat terkini mengenai perkembangan permohonan mereka?

Disebabkan oleh jumlah permohonan yang tinggi, HANYA calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan. Calon yang disenarai pendek akan dihubungi melalui e-mel kijang.gp@bnm.gov.my selepas tarikh tutup.

9. Saya menghadapi kesukaran untuk menghantar permohonan saya. Siapakah yang perlu saya hubungi?

Jika anda menghadapi sebarang kesukaran untuk menghantar permohonan anda, sila hantar e-mel kepada kijang.gp@bnm.gov.my

10. Saya telah melengkapkan borang tetapi tidak dapat mencari butang hantar. Apakah yang perlu saya lakukan?

Jika anda menghadapi sebarang kesulitan semasa menghantar permohonan anda, berikut adalah beberapa tip yang berguna:

  • Sila pastikan anda telah menyediakan semua maklumat yang diperlukan dalam keseluruhan borang. Kegagalan untuk melengkapkan semua ruangan boleh menyebabkan permohonan yang tidak lengkap. Jika anda tidak dapat mencari butang hantar, teliti dan pastikan bahawa anda telah memasukkan semua maklumat yang diperlukan dalam semua ruangan. Bagi ruangan yang tidak berkenaan, sila isikan "N.A." sebagai pengganti.

  • Pastikan anda telah melengkapkan bahagian pernyataan peribadi sepenuhnya. Anda tidak akan dapat menghantar permohonan tanpa pernyataan peribadi yang lengkap.

  • Jika anda menghadapi sebarang mesej atau arahan ralat, untuk sebab keselamatan, pastikan anda mengeluarkan sebarang aksara khas/simbol seperti “#”, “@”, “√”, “≈” dan lain-lain sebelum meneruskan penghantaran.


Peluang-peluang Lain

Latihan Industri
Biasiswa
Jawatan Kosong

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?