Pengendalian Mata Wang yang Betul

Pengendalian Mata Wang Polimer
Pengendalian Wang Kertas
Piawaian Kualiti untuk Wang Kertas dalam Edaran
Penukaran Wang Lama atau Rosak

Tahukah anda cara mengendalikan wang kertas polimer dan wang kertas dengan betul?

Wang kertas polimer RM1 dan RM5 telah diperkenalkan dalam siri keempat mata wang Malaysia pada tahun 2012. Selain tahan lasak dan tidak mudah koyak, wang kertas polimer tidak menyerap air, lebih bersih untuk dikendalikan dan tahan lebih lama. Dengan pengendalian yang betul, wang kertas polimer boleh digunakan untuk tempoh yang lebih lama. Anda hanya perlu:

handling1-sm
handling2-sm
handling3-sm
handling5-sm
avoid1-sm
avoid3-sm
avoid4-sm

Pengendalian Wang Kertas yang Betul

Wang kertas diperbuat daripada kapas. Cara pengendalian wang kertas adalah sama seperti wang kertas polimer, iaitu:

folded
crumple
staple

Apakah ciri-ciri wang kertas yang baik untuk diedarkan semula?

Wang kertas yang berada dalam keadaan baik memudahkan ciri keselamatan dikenal pasti. Wang kertas Malaysia boleh diedarkan semula sekiranya memenuhi semua kriteria berikut:

  • Tulen dan bukan wang palsu

  • Tidak berlubang atau koyak, tidak ditampal dengan pita pelekat dan tiada bahagian yang hilang

  • Bersih dan mempunyai kecerahan yang sekata

  • Cetakan tidak pudar, terutamanya pada potret SPB Yang di-Pertuan Agong

  • Tidak diconteng atau dirosakkan


Apakah ciri wang kertas yang perlu ditukar?

Yang berikut ialah contoh wang kertas yang tidak memenuhi piawaian kualiti yang ditetapkan dan tidak lagi sesuai untuk diedarkan. Wang kertas tersebut hendaklah ditukar.

Terbakar

Renyuk

Berlubang

Dakwat luntur

Mengecut

Dicantum semula


Di manakah wang kertas yang rosak atau tidak lagi sesuai untuk edaran boleh ditukar?

Wang kertas yang diconteng, koyak atau mengalami kerosakan lain mungkin masih mempunyai nilai. Wang kertas tersebut boleh ditukar di mana-mana bank. Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak laman sesawang institusi kewangan masing-masing dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan institusi kewangan yang mengambil bahagian.

KES YANG JELAS: Institusi kewangan membayar balik kepada pelanggan pada hari yang sama

defaced_01

defaced_02

defaced_03

Saiz wang kertas yang rosak adalah sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) atau lebih daripada saiz asal

Wang kertas yang rosak yang tidak mempunyai sebarang tanda pada potret SPB Yang di-Pertuan Agong atau tulisan berunsurkan slogan politik; dan

Wang kertas tidak diconteng dengan perkataan, angka atau tanda lain

KES YANG MEMERLUKAN PENILAIAN: Institusi kewangan hendaklah memaklumkan kepada pelanggan bahawa wang kertas tersebut perlu dihantar kepada BNM untuk penilaian. Nilai wang kertas akan dikreditkan ke dalam akaun pelanggan selepas penilaian selesai

defaced_04

defaced_05

defaced_06

Tidak memenuhi syarat bagi kes yang jelas Mata wang yang tidak lagi sah diperlakukan

Duit syiling yang telah diubah suai

Syiling diusik

defaced_07

defaced_08

defaced_09

Terkena dakwat

Terbakar

Dirosakkan anai-anai


Tak Tahu Nak Buat Apa Dengan Duit Syiling?

Ingin mendepositkan duit syiling anda? Jika anda mempunyai simpanan duit syiling, terdapat beberapa Mesin Deposit Syiling (Coin Deposit Machines, CoDM) yang dikendalikan oleh institusi kewangan terpilih di seluruh negara. Dengan mendepositkan duit syiling tersebut, duit syiling dapat dikembalikan ke dalam edaran untuk digunakan oleh orang lain.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menyemak laman sesawang institusi kewangan masing-masing dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan institusi kewangan yang mengambil bahagian.



Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?