Penafian

Dikemaskini Jun 2021

(A) Maklumat di laman web BNM disediakan untuk tujuan rujukan umum sahaja. Pengguna dengan jelas bersetuju bahawa penggunaan "laman web BNM" adalah atas risiko Pengguna sendiri. Sama ada BNM, ahli gabungannya mahupun mana-mana pekerja, ejen, penyedia kandungan pihak ketiga atau pemberi lesen masing-masing tidak menjamin bahawa laman web BNM akan beroperasi tanpa gangguan atau bebas ralat; mereka juga tidak memberikan sebarang jaminan mengenai hasil yang mungkin diperoleh daripada penggunaan laman web BNM, atau mengenai ketepatan, kecukupan, kesahihan, ketersediaan, kelengkapan, kebolehpercayaan atau kandungan sebarang maklumat, perkhidmatan atau barangan yang disediakan melalui laman web BNM.

(B) Laman web BNM disediakan atas dasar "seperti sedia ada" tanpa sebarang jenis waranti, sama ada secara nyata atau tersirat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, waranti hak milik atau waranti tersirat mengenai kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, ketiadaan pelanggaran hak, ketepatan, ketepatan masa atau kesempurnaan sebarang maklumat, selain daripada waranti yang tersirat dan tidak boleh dikecualikan, dihadkan atau diubah suai di bawah undang-undang yang terpakai bagi perjanjian ini.

(C) Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, penafian liabiliti ini terpakai bagi sebarang kerosakan atau kecederaan yang disebabkan oleh sebarang kegagalan prestasi, kesilapan, peninggalan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau penghantaran, virus komputer atau kegagalan sistem, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau pemusnahan atau akses tanpa kebenaran kepada, pengubahan, atau penggunaan rekod, sama ada disebabkan oleh pelanggaran kontrak, kecuaian atau perbuatan tort yang lain, atau di bawah sebarang punca tindakan lain, yang timbul daripada atau berkaitan dengan akses kepada, penggunaan, prestasi, pelayaran atau pautan ke laman lain daripada laman web BNM.

Pengguna secara khusus mengakui bahawa BNM tidak bertanggungjawab atas perlakuan yang berunsur fitnah, menyinggung perasaan atau menyalahi undang-undang oleh Pengguna lain atau pihak ketiga, dan bahawa risiko kerugian atau kemudaratan akibat perkara tersebut terletak sepenuhnya pada Pengguna.

(D) Walau dalam apa jua keadaan sekalipun, BNM, atau mana-mana orang atau entiti yang terlibat dalam penciptaan, penghasilan atau pengedaran laman web BNM atau perisian laman web BNM, tidak akan bertanggungjawab atas sebarang ganti rugi, termasuk, tanpa had, ganti rugi langsung, tidak langsung, sampingan, khusus, berbangkit atau punitif yang timbul daripada penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan laman web BNM.

BNM berhak untuk mengubah suai, menggantung atau menghentikan, sama ada secara sementara atau kekal, laman ini atau mana-mana bahagiannya, dengan atau tanpa notis, pada bila-bila masa. Pengguna dengan jelas bersetuju bahawa BNM dan pihak-pihak gabungannya tidak akan bertanggungjawab kepada Pengguna atau mana-mana pihak ketiga atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penghentian laman web ini. Pengguna dengan ini mengakui bahawa peruntukan bahagian ini terpakai kepada semua kandungan di laman web BNM.

(E) Sebarang rujukan kepada produk, proses atau perkhidmatan komersial tertentu—sama ada melalui nama dagangan, tanda dagangan, pengilang atau sebaliknya—oleh BNM atau ahli gabungannya tidak bermaksud bahawa BNM memberikan pengesahan, syor atau sokongan terhadapnya. Pengguna boleh menggunakan pautan sedemikian sepenuhnya atas risiko sendiri, dan BNM serta ahli gabungannya tidak memikul sebarang tanggungjawab atau liabiliti berhubung kandungan, penggunaan atau ketersediaan laman web tersebut.