Terma Penggunaan
Definisi
Laman web Bank Negara Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai "laman web BNM") ialah perkhidmatan dalam talian interaktif yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai "BNM") di World Wide Web Internet, yang terdiri daripada perkhidmatan maklumat dan kandungan yang disediakan oleh BNM, ahli gabungan BNM, dan pihak ketiga yang lain. "Pengguna" bermaksud setiap individu yang mewujudkan atau mengakses sambungan (selepas ini dirujuk sebagai "Akaun") untuk mengakses dan/atau menggunakan laman web BNM.
Umum
(A) Syarat Penggunaan ini menetapkan terma dan syarat yang terpakai bagi penggunaan laman web BNM oleh Pengguna. Dengan mengakses dan menggunakan laman web BNM, Pengguna bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat di sini. Hak untuk menggunakan laman web BNM adalah hak peribadi Pengguna dan tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana individu atau entiti lain. Pengguna bertanggungjawab atas segala penggunaan Akaun Pengguna (di bawah mana-mana nama skrin atau kata laluan) dan untuk memastikan bahawa semua penggunaan Akaun Pengguna mematuhi sepenuhnya peruntukan Syarat Penggunaan ini. Pengguna bertanggungjawab untuk melindungi kerahsiaan kata laluan Pengguna, jika ada.
(B) BNM berhak pada bila-bila masa untuk mengubah atau menghentikan mana-mana aspek atau ciri laman web BNM, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kandungan, waktu ketersediaan, dan peralatan yang diperlukan untuk akses atau penggunaan, tanpa notis.
Pindaan kepada Syarat Penggunaan
BNM berhak pada bila-bila masa untuk memadam, mengubah, mengemas kini atau mengubah suai terma dan syarat yang terpakai bagi penggunaan laman web BNM oleh Pengguna, atau mana-mana bahagian daripadanya, atau untuk mengenakan syarat baharu bagi penggunaan laman web BNM. Perubahan, kemas kini, pengubahsuaian, penambahan atau pemadaman sedemikian akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja notis mengenainya diberikan; notis tersebut boleh diberikan melalui pelbagai cara, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, paparan pada laman web BNM, e-mel, atau apa-apa cara lain yang membolehkan Pengguna menerima notis tersebut. Sebarang penggunaan laman web BNM oleh Pengguna selepas pengeluaran notis sedemikian akan dianggap sebagai penerimaan oleh Pengguna terhadap pemadaman, perubahan, kemas kini, pengubahsuaian atau penambahan tersebut.
Peralatan
Pengguna bertanggungjawab untuk mendapatkan dan menyelenggara semua telefon, perkakasan komputer serta peralatan lain yang diperlukan bagi mengakses dan menggunakan laman web BNM, termasuk menanggung segala caj yang berkaitan dengannya.
Tingkah Laku Pengguna.
(A) Pengguna hendaklah menggunakan laman web BNM untuk tujuan yang sah di sisi undang-undang sahaja. Pengguna tidak boleh menyiarkan, menerbitkan, memuat naik, mengedar, menghasilkan semula, mengubah suai atau menghantar melalui laman web BNM sebarang bahan yang melanggar hak pihak lain dalam apa jua cara, yang menyalahi undang-undang, bersifat mengancam, kesat, memfitnah, menceroboh privasi, kesat, lucah, menghina atau sebaliknya tidak wajar, yang menggalakkan perlakuan yang merupakan kesalahan jenayah, menimbulkan liabiliti sivil atau sebaliknya melanggar mana-mana undang-undang, atau yang mengandungi pengiklanan atau sebarang bentuk permintaan berkaitan produk atau perkhidmatan tanpa kelulusan bertulis nyata terlebih dahulu daripada BNM.
(B) Laman web BNM mengandungi bahan yang tertakluk kepada perlindungan hak cipta, tanda dagangan dan maklumat proprietari lain, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, teks, perisian, foto, video, grafik, muzik dan bunyi; dan keseluruhan kandungan laman web BNM tertakluk kepada hak cipta sebagai karya kolektif di bawah undang-undang hak cipta dan tanda dagangan Malaysia. BNM memegang hak cipta ke atas pemilihan, penyelarasan, penyusunan dan penambahbaikan kandungan tersebut, serta ke atas kandungan yang merupakan karya asalnya.
BNM mempunyai syarat penggunaan khusus bagi set data yang diperoleh daripada Bank Negara Malaysia (BNM) selaku penyusun data utama, iaitu yang dilabelkan sebagai “Sumber: Bank Negara Malaysia”. Syarat penggunaan khusus bagi set data ini boleh didapati pada laman web tempat set data tersebut diterbitkan, serta di bahagian Syarat Penggunaan untuk Set Data BNM.
Bagi bahan-bahan lain, Pengguna tidak boleh mengubah suai, menerbitkan, menghantar, mengambil bahagian dalam pemindahan atau penjualan, menghasilkan karya terbitan, atau dengan apa-apa cara mengeksploitasi atau menghasilkan semula mana-mana kandungan laman web BNM, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian. Pengguna boleh memuat turun bahan untuk kegunaan peribadi sahaja, dengan syarat ia bukan untuk tujuan keuntungan persendirian atau komersial.
(C) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan secara nyata di bawah undang-undang hak cipta, sebarang penyalinan, pengedaran semula, penghantaran semula, penerbitan atau eksploitasi komersial terhadap bahan yang dimuat turun tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis yang nyata daripada BNM dan pemilik hak cipta yang berkenaan. Sekiranya terdapat sebarang penyalinan, pengedaran semula atau penerbitan bahan tertakluk kepada hak cipta yang dibenarkan, tiada perubahan atau pemadaman terhadap atribusi pengarang, keterangan tanda dagangan atau notis hak cipta boleh dilakukan. Pengguna mengakui bahawa pengguna tidak memperoleh sebarang hak pemilikan dengan memuat turun mana-mana bahan sedemikian.
(D) Pengguna tidak boleh memuat naik, menyiarkan atau dengan cara lain menyediakan di laman web BNM sebarang bahan yang dilindungi oleh hak cipta, tanda dagangan atau hak proprietari lain tanpa kebenaran bertulis yang nyata daripada pemilik hak cipta, tanda dagangan atau hak proprietari tersebut, dan tanggungjawab untuk menentukan sama ada sesuatu bahan itu tidak dilindungi oleh hak cipta terletak pada Pengguna. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang kerosakan yang timbul daripada sebarang pelanggaran hak cipta, hak proprietari, atau sebarang kemudaratan lain yang berpunca daripada penyerahan sedemikian. Dengan menyerahkan bahan ke mana-mana ruang awam laman web BNM, Pengguna secara automatik memberikan, atau menjamin bahawa pemilik bahan tersebut telah secara nyata memberikan kepada BNM hak dan lesen yang bebas royalti, kekal, tidak boleh ditarik balik dan tidak eksklusif untuk menggunakan, menghasilkan semula, mengubah suai, menyesuaikan, menerbitkan, menterjemah dan mengedarkan bahan tersebut (sama ada secara keseluruhan atau sebahagian) di seluruh dunia dan/atau menggabungkannya ke dalam karya lain dalam sebarang bentuk, media atau teknologi yang diketahui sekarang atau dibangunkan kemudiannya bagi tempoh penuh sebarang hak cipta yang mungkin wujud pada bahan tersebut. Pengguna juga membenarkan mana-mana Pengguna lain untuk mengakses, melihat, menyimpan atau menghasilkan semula bahan tersebut bagi kegunaan peribadi Pengguna berkenaan. Pengguna dengan ini memberikan hak kepada BNM untuk menyunting, menyalin, menerbitkan dan mengedarkan sebarang bahan yang disediakan di laman web BNM oleh Pengguna.
(E) Peruntukan-peruntukan terdahulu dalam perenggan 5 ini adalah untuk manfaat BNM, anak-anak syarikatnya, syarikat-syarikat sekutunya serta penyedia kandungan dan pemberi lesen pihak ketiganya, dan setiap pihak tersebut berhak untuk menegaskan dan menguatkuasakan peruntukan-peruntukan itu secara langsung atau bagi pihak dirinya sendiri.
Hak Akses.
BNM berhak untuk menyekat atau menghalang akses mana-mana orang atau alamat Internet tertentu ke laman web BNM dan sumber-sumber yang terkandung di dalamnya, tanpa sebarang notis awal.
Pemantauan.
BNM berhak, namun tidak berkewajipan, untuk memantau kandungan laman web BNM bagi menentukan pematuhan terhadap Syarat-syarat Penggunaan ini dan sebarang peraturan operasi yang ditetapkan oleh BNM, serta bagi memenuhi keperluan mana-mana undang-undang, peraturan atau permintaan kerajaan yang sah. BNM berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menyunting, enggan menyiarkan dan membuang sebarang bahan yang dikemukakan kepada atau disiarkan di laman web BNM. Tanpa mengehadkan perkara tersebut, BNM berhak untuk membuang sebarang bahan yang, mengikut budi bicara mutlak BNM, didapati melanggar peruntukan-peruntukan di sini atau dianggap tidak wajar atas sebab-sebab lain.
Pampasan.
Pengguna bersetuju untuk mempertahankan, memberi ganti rugi dan membebaskan BNM, syarikat-syarikat sekutunya serta pengarah, pegawai, pekerja dan ejen masing-masing daripada dan terhadap segala kerugian, kerosakan, tuntutan atau perbelanjaan, termasuk yuran guaman, yang timbul akibat penggunaan laman web BNM oleh Pengguna atau Akaun Pengguna, atau melalui sebarang pelanggaran yang dilakukan oleh Pengguna dalam penggunaan laman web BNM.
Had Liabiliti.
(A) BNM tidak membuat sebarang representasi atau waranti (sama ada secara nyata atau tersirat, bertulis atau lisan) kepada Pengguna dan tidak membuat sebarang aku janji kepada Pengguna dari segi penggunaan laman web BNM. Pengguna menggunakan laman web BNM atas risiko dan perbelanjaan sendiri.
(B) BNM tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian dalam apa jua bentuk, walau bagaimana sekalipun ia timbul daripada penggunaan laman web BNM, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerosakan atau kerugian yang dialami akibat pergantungan pada kandungan atau maklumat di laman web BNM.
(C) Setakat yang dibenarkan sepenuhnya oleh undang-undang, BNM, ahli gabungan, pengarah, pekerja, pegawai dan ejennya tidak akan mempunyai sebarang liabiliti atau tanggungjawab terhadap Pengguna (sama ada berasaskan kontrak, promissory estoppel, restitusi, quantum meruit, kuasi-kontrak, tort, statut atau sebaliknya) yang berkaitan dengan atau berhubung dengan penggunaan laman web BNM. Tanpa mengehadkan perkara tersebut, BNM tidak akan bertanggungjawab terhadap Pengguna dalam keadaan di mana:
(i) mana-mana Pengguna menggunakan laman web dengan cara yang bertentangan dengan kepentingan Pengguna lain;
(ii) Pengguna bergantung pada sebarang maklumat, kandungan, nasihat atau kemas kini di laman web BNM; atau
(iii) Pengguna menggunakan laman web dan/atau sebarang bahan yang tersedia di laman web dengan cara yang menyalahi undang-undang, mengancam, kesat, memfitnah, melanggar privasi, kesat (vulgar), lucah, menghina (profane) atau sebaliknya tidak boleh diterima, merupakan kesalahan jenayah, menimbulkan liabiliti sivil atau sebaliknya melanggar mana-mana undang-undang.
Penamatan.
Tanpa mengehadkan perkara yang dinyatakan sebelum ini, BNM berhak untuk menamatkan Akaun Pengguna dengan serta-merta sekiranya terdapat sebarang perlakuan oleh Pengguna yang, mengikut budi bicara mutlak BNM, dianggap tidak boleh diterima atau bertentangan dengan kepentingan Pengguna lain, atau sekiranya berlaku sebarang pelanggaran terhadap Syarat Penggunaan ini oleh Pengguna. Peruntukan perenggan 10 ini, serta perenggan 5(B), 5(C), 5(D), 8, 9, dan perenggan 15 akan terus berkuat kuasa walaupun selepas penamatan Syarat Penggunaan ini.
Nama dan Lambang BNM.
Lambang BNM dan nama BNM, termasuk sebarang singkatan namanya, dilindungi oleh Akta Lambang dan Nama (Pencegahan Penggunaan Tidak Wajar) 1963. Oleh itu, ia tidak boleh digunakan, disalin, atau diterbitkan semula oleh Pengguna atau mana-mana pihak tanpa kebenaran bertulis daripada Menteri.
Kandungan Pihak Ketiga.
(A) BNM ialah pengedar (dan bukan penerbit) kandungan yang dibekalkan oleh pihak ketiga dan Pengguna. Oleh itu, BNM tidak mempunyai kawalan editorial ke atas kandungan tersebut, sama seperti perpustakaan awam, kedai buku, atau gerai surat khabar. Sebarang pendapat, nasihat, kenyataan, perkhidmatan, tawaran, atau maklumat atau kandungan lain yang dinyatakan atau disediakan oleh pihak ketiga—termasuk penyedia maklumat, Pengguna, atau pengguna lain laman web BNM—adalah milik pengarang atau pengedar masing-masing dan bukan milik BNM. Baik BNM mahupun mana-mana penyedia maklumat pihak ketiga tidak menjamin ketepatan, kelengkapan, atau kegunaan sebarang kandungan, mahupun kebolehpasaran atau kesesuaiannya untuk sebarang tujuan tertentu. (Sila rujuk perenggan 8, 9 dan 15 untuk peruntukan lengkap yang mengawal selia indemniti, had liabiliti dan penafian masing-masing.)
(B) Dalam banyak keadaan, kandungan yang tersedia melalui laman web BNM mencerminkan pendapat dan penilaian penyedia maklumat, Pengguna, atau pengguna lain masing-masing yang tidak terikat dengan kontrak bersama BNM. BNM tidak memperakui mahupun bertanggungjawab terhadap ketepatan atau kebolehpercayaan sebarang pendapat, nasihat, atau kenyataan yang dibuat di laman web BNM oleh mana-mana pihak selain jurucakap pekerja BNM yang diberi kuasa semasa menjalankan tugas rasmi mereka. Dalam apa jua keadaan, BNM tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh pergantungan Pengguna terhadap maklumat yang diperoleh melalui laman web BNM. Adalah menjadi tanggungjawab Pengguna untuk menilai ketepatan, kelengkapan, atau kegunaan sebarang maklumat, pendapat, nasihat, atau kandungan lain yang tersedia melalui laman web BNM. Sila dapatkan nasihat daripada golongan profesional, mengikut kesesuaian, berhubung penilaian terhadap sebarang maklumat, pendapat, nasihat, atau kandungan lain yang khusus.
Pelbagai.
Syarat Penggunaan ini serta sebarang peraturan operasi atau panduan pengguna bagi laman web BNM yang ditetapkan oleh BNM membentuk keseluruhan perjanjian antara pihak-pihak berkenaan dengan penggunaan laman web tersebut oleh Pengguna. Ia mengatasi semua perjanjian terdahulu antara pihak-pihak berkenaan dengan penggunaan laman web tersebut oleh Pengguna. Syarat Penggunaan ini hendaklah ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia. Sebarang pelepasan oleh BNM terhadap mana-mana pelanggaran atau kegagalan mematuhi syarat di bawah ini tidak boleh dianggap sebagai pelepasan terhadap mana-mana pelanggaran atau kegagalan mematuhi syarat yang terdahulu atau yang kemudiannya. Tajuk perenggan yang digunakan di sini adalah untuk tujuan kemudahan sahaja dan tidak mempunyai sebarang kesan perundangan.
Kenyataan Privasi
Untuk maklumat mengenai dasar privasi BNM, sila rujuk laman web Kenyataan Privasi BNM.
Penafian.
(A) Maklumat di laman web BNM disediakan untuk tujuan rujukan umum sahaja. Pengguna dengan jelas bersetuju bahawa penggunaan "laman web BNM" adalah atas risiko Pengguna sendiri. BNM, ahli gabungannya, mahupun mana-mana pekerja, ejen, penyedia kandungan pihak ketiga atau pemberi lesen masing-masing tidak menjamin bahawa laman web BNM akan beroperasi tanpa gangguan atau bebas ralat; mereka juga tidak membuat sebarang jaminan mengenai hasil yang mungkin diperoleh daripada penggunaan laman web BNM, atau mengenai ketepatan, kecukupan, kesahihan, ketersediaan, kelengkapan, kebolehpercayaan atau kandungan sebarang maklumat, perkhidmatan atau barangan yang disediakan melalui laman web BNM.
(B) Laman web BNM disediakan atas dasar "seadanya" tanpa sebarang jenis jaminan, sama ada secara nyata atau tersirat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, jaminan hak milik atau jaminan tersirat mengenai kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, ketiadaan pelanggaran hak, ketepatan, ketepatan masa atau kelengkapan sebarang maklumat, selain daripada jaminan yang tersirat oleh undang-undang yang terpakai bagi perjanjian ini dan tidak boleh dikecualikan, dihadkan atau diubah suai.
(C) Rujukan kepada mana-mana produk, proses atau perkhidmatan komersial tertentu melalui nama dagangan, tanda dagangan, pengilang atau sebaliknya oleh BNM atau ahli gabungannya tidak bermaksud ia disokong, disyorkan atau diberi keutamaan oleh BNM. Pengguna boleh menggunakan pautan sedemikian sepenuhnya atas risiko Pengguna sendiri dan BNM serta ahli gabungannya tidak memikul sebarang tanggungjawab atau liabiliti terhadap kandungan, penggunaan atau ketersediaan laman web tersebut.
(D) Penafian bagi set data yang diperoleh daripada BNM selaku penyusun data utama boleh didapati di bahagian Syarat Penggunaan Set Data BNM.