Kelestarian
Mempersiap Sektor Kewangan Menghadapi Risiko Perubahan Iklim
Risiko dan peluang berkaitan iklim dan alam sekitar semakin mempengaruhi pertumbuhan ekonomi, kestabilan kewangan serta daya tahan perniagaan dan isi rumah. Perkembangan ini turut memberikan kesan kepada sistem perbankan, sektor insurans dan ekonomi secara keseluruhannya.
Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil kira pertimbangan berkaitan iklim dalam melaksanakan mandatnya untuk memelihara kestabilan monetari dan kewangan. BNM bekerjasama dengan institusi kewangan, agensi kerajaan dan pertubuhan antarabangsa bagi memperkukuh keupayaan sektor kewangan dalam mengurus risiko berkaitan iklim dan alam sekitar, menyokong peralihan ekonomi yang teratur dan meningkatkan daya tahan jangka panjang.
Agenda iklim BNM memberikan tumpuan kepada penerapan pertimbangan berkaitan iklim dalam dasar, pengukuhan pengurusan risiko iklim dalam sektor kewangan, sokongan terhadap peralihan Malaysia ke arah pelepasan sifar bersih dan penyesuaian terhadap perubahan iklim serta pengukuhan kepimpinan pemikiran di peringkat serantau. Aspek iklim dan kemampanan juga diterapkan dalam budaya dan operasi BNM.
Kepentingan Perubahan Iklim kepada BNM
Malaysia semakin kerap berdepan kejadian berkaitan iklim seperti banjir, gelombang haba dan cuaca ekstrem. Kejadian ini telah menjejaskan perniagaan dan isi rumah sehingga menyebabkan kerugian yang besar dan penduduk terpaksa berpindah. Kejadian berkaitan iklim yang semakin kerap dan serius dijangka memberikan kesan yang lebih besar terhadap kestabilan ekonomi dan kewangan.
Selaras dengan mandat BNM untuk memelihara kestabilan monetari dan kewangan, BNM memainkan peranan penting dalam memperkukuh daya tahan sistem kewangan terhadap risiko iklim.
Kesan Risiko Berkaitan Iklim Terhadap Sistem Kewangan
Risiko berkaitan iklim boleh menjejaskan sistem kewangan melalui pelbagai cara.
Risiko berkaitan iklim
Risiko fizikal
| |
Risiko peralihan
| |
Risiko liabiliti
|
Kesan terhadap sistem kewangan
Kerugian kredit dan insurans/perlindungan
| |
Kerugian pasaran kewangan
| |
Kesan timbal balik
|
1 Aset terjejas nilai merujuk aset yang mengalami penurunan nilai secara tidak dijangka atau lebih awal daripada jangkaan.
Sumber: The Central Banks and Supervisors Networks for Greening the Financial System (NGFS) 1st Comprehensive Report
Perkembangan Inisiatif Iklim BNM
2018
Memulakan perjalanan iklim BNM melalui Pengantaraan Berasaskan Nilai (Value-Based Intermediation, VBI) bagi bank Islam
2019
Memulakan inisiatif berkaitan iklim bagi sektor kewangan
2020 - 2021
Membangunkan asas bagi pengurusan risiko iklim yang mantap dan memangkin pembiayaan iklim
2022 - 2023
Memperluas penerapan inisiatif iklim dan kemampanan dalam sektor kewangan serta operasi BNM
2024
Memajukan peralihan sektor benar dan memperkukuh usaha memajukan dasar pada peringkat kebangsaan
2025
Menyokong projek berkaitan iklim dan menggalakkan kerjasama dalam pembangunan model pembiayaan inovatif
Video PKS Hijau
Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) merangkumi kira-kira 97% daripada keseluruhan perniagaan di Malaysia. Peralihan PKS kepada amalan yang lebih mampan dan mesra alam penting bagi Malaysia untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang tahun 2050. Peralihan ini juga dapat membantu PKS untuk kekal berdaya tahan dan berdaya saing pada peringkat global. Kini masanya untuk PKS melakukan perubahan! Ketahui lebih lanjut tentang inisiatif seperti kitar semula, penggunaan tenaga solar dan pensijilan hijau yang berpotensi meningkatkan keuntungan yang lebih dalam jangka panjang.
Keutamaan Strategik
Teras Strategik (TS) strategi BNM berkaitan iklim dan alam sekitar
Kerjasama & Perkongsian
Jawatankuasa Bersama Perubahan Iklim (Joint Committee on Climate Change, JC3) ditubuhkan pada September 2019 berfungsi sebagai platform kerjasama yang melibatkan pihak berkuasa kawal selia, institusi kewangan dan peserta industri. JC3 dianggotai oleh Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bursa Malaysia dan 25 pemain industri kewangan. JC3 turut mempunyai 13 pemerhati yang terdiri daripada persatuan industri, pakar berkaitan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Khazanah Nasional Berhad dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan.
Mandat JC3 merangkumi:
Membangunkan keupayaan dalam pengurusan risiko iklim
Mengenal pasti cabaran dan keutamaan dalam peralihan kepada ekonomi rendah karbon
Memudahkan kerjasama dalam kalangan pihak berkepentingan
Menyokong penerapan penyelesaian berkaitan iklim
Layari jc3malaysia.com untuk maklumat lanjut.
BNM mengambil bahagian secara aktif dalam inisiatif kemampanan di peringkat serantau dan antarabangsa. BNM, bank pusat dan pihak berkuasa monetari ASEAN yang lain (ASEAN central banks and monetary authorities, ACB) merupakan anggota pengasas Lembaga Taksonomi ASEAN (ASEAN Taxonomy Board, ATB). BNM turut menerajui Pasukan Petugas mengenai Peranan ACB dalam Mengurus Risiko Berkaitan Iklim dan Alam Sekitar.
Dokumen utama berkaitan ACB:
Report on the Roles of ASEAN Central Banks in Managing Climate and Environment-related Risks
ASEAN Taxonomy for Sustainable Finance Version 4
Inisiatif BNM
BNM bekerjasama dengan peserta industri, pihak berkuasa kawal selia dan rakan kongsi antarabangsa bagi memperkukuh daya tahan iklim dan menyokong peralihan kepada ekonomi rendah karbon.
Kenyataan Akhbar: Kenyataan Bersama Mesyuarat JC3 Ke-17 (13 Ogos 2026)
Laporan: A LEAP for Nature: Advancing Nature-related Financial Risk and Opportunity Assessment in Malaysia (11 Jun 2026)
Ucapan: Ucaptama oleh Penolong Gabenor Madelena Mohamed sempena Pelancaran Laporan' A LEAP for Nature: Advancing Nature-related Financial Risk and Opportunity Assessment in Malaysia' Kuala Lumpur (11 Jun 2026)
Kenyataan Akhbar: Kenyataan Bersama Mesyuarat JC3 Ke-16 (6 Februari 2026)
Ucapan: Ucaptama Timbalan Gabenor sempena Pelancaran Laporan Bank Dunia dan Bank Pembangunan Islam mengenai Islamic Finance and the Climate Agenda (13 Januari 2026)
Soalan Lazim
Mengapakah perubahan iklim penting kepada bank pusat?
Risiko berkaitan iklim boleh menjejaskan inflasi, pertumbuhan ekonomi, kestabilan kewangan dan daya tahan institusi kewangan. Pengurusan risiko ini menyokong pelaksanaan mandat BNM yang diperuntukkan oleh undang-undang.
Adakah BNM mengawal selia dasar iklim?
Tidak. BNM tidak menentukan dasar iklim negara. Peranan BNM adalah untuk memastikan sistem kewangan mengenal pasti, mengurus dan menangani risiko berkaitan iklim dan alam sekitar dengan sewajarnya.
Apakah itu Perubahan Iklim dan Taksonomi Berasaskan Prinsip?
Perubahan Iklim dan Taksonomi Berasaskan Prinsip ialah rangka kerja pengelasan yang membantu institusi kewangan menilai dan mengkategorikan aktiviti ekonomi berdasarkan kesannya terhadap objektif perubahan iklim dan peralihan kepada ekonomi rendah karbon.
Apakah itu JC3?
Jawatankuasa Bersama Perubahan Iklim (Joint Committee on Climate Change, JC3) ialah platform pihak berkuasa kawal selia dan industri untuk menyelaraskan tindakan berkaitan iklim dalam sektor kewangan Malaysia.
Mengapakah BNM memberikan tumpuan kepada risiko berkaitan alam semula jadi?
Kemerosotan ekosistem alam semula jadi boleh menyebabkan kerugian kewangan dan ekonomi serta memburukkan lagi risiko berkaitan iklim. Pemahaman tentang risiko ini dapat memperkukuh daya tahan sistem kewangan.
Adakah kemampanan hanya melibatkan perubahan iklim?
Tidak. Aspek kemampanan turut merangkumi faktor alam sekitar, sosial dan tadbir urus (environmental, social and governance, ESG) bagi mewujudkan nilai jangka panjang di samping mengurus risiko dan peluang.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.