Sistem dan Perkhidmatan Pembayaran di Malaysia
Sistem pembayaran merupakan bahagian penting dalam infrastruktur kewangan sesebuah negara. Sistem ini membolehkan pemindahan dana antara entiti, perniagaan dan pengguna. Sistem pembayaran merangkumi instrumen, prosedur perbankan dan sistem pemindahan dana antara bank yang memudahkan edaran wang serta menyokong aktiviti ekonomi.Sebahagian daripada ekosistem pembayaran ialah perniagaan perkhidmatan wang (money services business, MSB) yang menyediakan perkhidmatan pertukaran mata wang, pengiriman wang dan mata wang borong. Melalui perkhidmatan ini, MSB memudahkan pertukaran mata wang dan pemindahan dana untuk pengguna dan perniagaan.
Sistem pembayaran dan perkhidmatan wang yang terjamin, selamat dan cekap amat penting bagi BNM berikutan peranannya dalam memudahkan aktiviti ekonomi.
Ketahui cara BNM mengawal selia, menyelia dan memudah cara ekosistem pembayaran Malaysia. Dapatkan maklumat mengenai undang-undang, dasar dan rangka kerja pengawasan yang mengawal sistem pembayaran, instrumen pembayaran dan perniagaan perkhidmatan wang termasuk Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.
➡️
Fahami struktur ekosistem pembayaran di Malaysia yang merangkumi:
Sistem pembayaran bernilai besar seperti RENTAS
Sistem dan pengendali pembayaran runcit
Instrumen pembayaran termasuk kad dan wang elektronik
Perkhidmatan pemerolehan peniaga
Perniagaan perkhidmatan wang seperti penyedia perkhidmatan pengiriman wang dan pertukaran mata wang
➡️
Ingin mengendalikan perniagaan perkhidmatan pembayaran? Dapatkan maklumat mengenai keperluan kawal selia, prosedur permohonan dan garis panduan penyerahan bagi:
Pengendalian sistem pembayaran
Pengeluaran instrumen pembayaran yang ditetapkan
Penyediaan perkhidmatan pemerolehan peniaga
Pengendalian aktiviti perniagaan perkhidmatan wang
➡️
Penyedia Perkhidmatan Pembayaran yang Dikawal SeliaDapatkan maklumat mengenai penyedia perkhidmatan pembayaran dan perniagaan perkhidmatan wang yang dikawal selia oleh BNM termasuk pengendali sistem pembayaran yang diluluskan, pengeluar instrumen pembayaran ditetapkan yang diluluskan, pemeroleh peniagaan yang berdaftar dan perniagaan perkhidmatan wang berlesen.
➡️
BNM terus memajukan landskap pembayaran Malaysia bagi memenuhi keperluan individu dan perniagaan yang sentiasa berkembang. Ini merangkumi pengukuhan pembayaran digital domestik, pemodenan infrastruktur pembayaran kritikal, peluasan kesalinghubungan pembayaran rentas sempadan, serta penerokaan teknologi baharu yang berpotensi membentuk masa depan sistem pembayaran.
Inisiatif-inisiatif utama merangkumi usaha menambah baik infrastruktur pembayaran berkongsi dan memodenkan RENTAS, di samping mempertingkat jalinan pembayaran rentas sempadan serta meneroka inovasi seperti mata wang digital bank pusat dan tokenisasi. Secara keseluruhannya, usaha-usaha ini bertujuan menjadikan sistem pembayaran lebih cekap, berdaya tahan, mudah diakses dan saling berhubung, sambil menyokong inovasi yang bertanggungjawab.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.