Rangkuman Kewangan
Seperti yang diperuntukkan dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009, usaha menggalakkan sektor kewangan yang kukuh, progresif dan terangkum merupakan antara mandat utama Bank Negara Malaysia (BNM), sekali gus mencerminkan komitmen BNM untuk terus memperkasakan rangkuman kewangan.
Rangka Tindakan Sektor Kewangan 2022–2026 (“Pelan Induk”) memberikan penekanan untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan isi rumah dan perniagaan sebagai salah satu teras strategik. Selaras dengan Rangka Tindakan Tersebut, Rangka Kerja Rangkuman Kewangan 2023–2026 (“Rangka Kerja”) dibangunkan sebagai pelan hala tuju strategik empat tahun yang menyediakan panduan berasaskan prinsip untuk terus memperkasakan rangkuman kewangan di Malaysia.
Rangka Kerja Rangkuman Kewangan
Rangka Kerja Rangkuman Kewangan (2023-2026) menggunakan pendekatan menyeluruh untuk memperkasakan Rangkuman kewangan dengan memberikan tumpuan kepada hasil pembangunan yang lebih menyeluruh dan kesejahteraan kewangan.
Rangka Kerja ini menetapkan visi yang jelas untuk “Memperkasakan rangkuman kewangan untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan dan taraf hidup penduduk Malaysia” dengan membolehkan semua pihak dapat meraih manfaat daripada ekosistem kewangan yang mudah diakses dan terangkum; melengkapkan individu dan perniagaan dengan penyelesaian kewangan yang mampu milik dan bersesuaian; serta memperkasakan pengguna dengan keupayaan kewangan untuk membuat keputusan kewangan yang wajar dan mengambil bahagian secara bermakna dalam sistem kewangan.
Dihasratkan
Dasar
Umum
Rentas
Strategik
Objektif Dasar
Melalui Rangka Kerja Rangkuman Kewangan 2023–2026, BNM memberikan tumpuan kepada tujuh objektif dasar utama iaitu memperluas akses kepada perkhidmatan kewangan di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan, menggalakkan kewangan digital yang terangkum, memperkukuh pembiayaan PKS, meningkatkan akses kepada perlindungan risiko, memperkukuh keupayaan institusi, menyokong golongan yang mudah terjejas, dan meningkatkan tahap celik kewangan. Keutamaan ini bertujuan untuk mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih terangkum, berdaya tahan dan berorientasikan pembangunan yang memberikan manfaat kepada semua rakyat Malaysia.
Rangka Kerja ini menggariskan tujuh Objektif Dasar bagi menangani jurang yang masih wujud dan mempercepatkan kemajuan rangkuman kewangan:
Objektif Dasar 1 menggariskan strategi untuk pihak berkepentingan bagi mengurangkan halangan yang pada masa ini menghalang akses kepada produk dan perkhidmatan kewangan yang sesuai.
Pautan Rujukan:
Objektif Dasar 2 menggalakkan perkhidmatan kewangan digital yang lebih selamat dan terangkum bagi memperluas rangkuman kewangan dengan memenuhi keperluan golongan yang belum atau kurang mendapat perkhidmatan secara berkesan.
Pautan Rujukan:
Objektif Dasar 3 bertujuan untuk memperkukuh ekosistem pembiayaan PKS dengan memperluas pilihan pembiayaan, menyediakan laluan pemulihan bagi peminjam yang tidak berdaya maju, serta meningkatkan sokongan terhadap perusahaan mikro dan perniagaan tidak formal.
Pautan Rujukan:
Objektif Dasar 4 bertujuan membangunkan landskap perlindungan yang cekap, berdaya saing dan terangkum dengan memperluas pasaran insurans/takaful mikro melalui penawaran produk yang mudah diakses, mampu milik, berasaskan keperluan dan mudah digunakan.
Pautan Rujukan:
Objektif Dasar 5 menggariskan strategi untuk mewujudkan persekitaran kawal selia yang memupuk inovasi, melindungi pengguna serta menggalakkan kewangan hijau dan sektor mampan.
Pautan Rujukan:
Objektif Dasar 6 bertujuan untuk melaksanakan strategi bagi meningkatkan impak sosioekonomi dan merapatkan jurang ketidaksamaan pendapatan dalam kalangan golongan yang mudah terjejas.
Pautan Rujukan:
Objektif Dasar 7 menyediakan sokongan bersasar kepada individu dan golongan yang mudah terjejas bagi membantu mereka membuat keputusan kewangan berdasarkan maklumat yang mencukupi, terutamanya ketika berdepan dengan kesukaran dan dalam persekitaran ekonomi digital.
Pautan Rujukan:
Petunjuk Prestasi Utama
Proses pemantauan dan penilaian yang berstruktur dilaksanakan bagi memastikan strategi rangkuman kewangan dalam Rangka Kerja dipantau, dikaji semula dan disesuaikan untuk mencapai hasil yang disasarkan. Petunjuk prestasi utama (Key Performance Indicator, KPI) telah dibangunkan untuk mengukur kemajuan rangkuman kewangan melalui tiga tema utama: akses, penggunaan dan keupayaan.
Keupayaan untuk menggunakan perkhidmatan dan produk sesuai yang ditawarkan oleh institusi kewangan formal
Gabungan pengetahuan, kemahiran, sikap dan tingkah laku kewangan yang diperlukan untuk membuat keputusan kewangan yang wajar dan seterusnya mencapai kesejahteraan kewangan individu
Sumber dan Maklumat Lanjut Mengenai Strategi Rangkuman Kewangan
Inisiatif & Sumber
Rangka Kerja Kebangsaan
Lokasi Akses Kewangan
Pelbagai saluran perbankan disediakan berdasarkan kesesuaian lokasi dan keperluan setempat
Cawangan bank konvensional yang membolehkan pelanggan menjalankan urus niaga di kaunter
Mesin Juruwang Automatik (Auto Teller Machine, ATM), Mesin Deposit Tunai (Cash Deposit Machine, CDM) dan Mesin Kitar Semula Tunai (Cash Recycle Machine, CRM)
Platform berasaskan internet untuk melakukan pemindahan dana dan pembayaran bil
Aplikasi yang membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan perbankan melalui telefon pintar
Peranti yang digunakan untuk pembayaran menggunakan kad debit di premis peniaga
Entiti bukan bank yang diberikan kuasa oleh institusi perbankan untuk menyediakan perkhidmatan perbankan asas
Kenderaan institusi perbankan yang menyediakan perkhidmatan perbankan terutamanya di kawasan pedalaman
Inisiatif Keterangkuman Kewangan
Pendidikan Kewangan
Perlindungan Pengguna Kewangan