Siri Wang Kertas Semasa (2012 hingga kini)
Keunikan Malaysia
Siri keempat dan terkini wang kertas Malaysia diinspirasikan daripada unsur-unsur yang mencerminkan keunikan kepelbagaian budaya, warisan dan alam semula jadi negara. Bertemakan “Keunikan Malaysia”, siri wang kertas ini menampilkan seni dan kraf tradisional, keindahan alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi serta tradisi Malaysia.
Siri keempat wang kertas Malaysia bermula dengan pengeluaran wang kertas RM50 pada bulan Julai 2009. Wang kertas denominasi lain, iaitu wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 telah dikeluarkan pada bulan Jun 2012.
Wang kertas dalam siri ini telah ditandatangani oleh empat Gabenor BNM, iaitu Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (2000-2016), Tan Sri Muhammad bin Ibrahim (2016-2018), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus (2018-2023), dan Dato' Seri Abdul Rasheed Ghaffour (2023-kini).
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.