Rejim Kadar Pertukaran

Memahami Ringgit

Ringgit memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia. Pergerakan kadar pertukaran mempengaruhi harga barangan dan perkhidmatan import, daya saing eksport Malaysia, keputusan pelaburan dan perdagangan antarabangsa.

Pergerakan kadar pertukaran boleh memberi kesan yang berbeza kepada kumpulan yang berbeza. Ringgit yang lebih kukuh mungkin memanfaatkan pengimport dan rakyat Malaysia yang membeli barangan dan perkhidmatan dari luar negara, manakala ringgit yang lebih lemah mungkin menyokong pengeksport dan perniagaan yang bersaing di peringkat antarabangsa. Kesan keseluruhan bergantung kepada cara isi rumah dan perniagaan berinteraksi dengan ekonomi.

Seperti harga lain dalam ekonomi, kadar pertukaran ditentukan oleh bekalan dan permintaan.

Permintaan terhadap ringgit meningkat apabila pelabur, perniagaan dan individu memerlukan ringgit untuk melabur, menjalankan perniagaan atau membuat pembayaran di Malaysia. Sebaliknya, permintaan mungkin berkurang apabila pelabur global memindahkan dana ke pasaran lain atau apabila perniagaan dan individu memerlukan mata wang asing untuk urus niaga di luar negara.

Apabila permintaan dan bekalan berubah, nilai ringgit menyesuaikan diri dengan sewajarnya.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Pertukaran

Sebagai ekonomi yang terbuka, ringgit dipengaruhi oleh perkembangan dalam negeri serta perkembangan global. Dari segi dalam negeri, prospek ekonomi yang lebih kukuh akan menarik lebih banyak permintaan terhadap ringgit. Perkembangan global termasuk perbezaan kadar faedah dan syarat perdagangan juga mempengaruhi permintaan. Sama seperti kebanyakan barangan dan perkhidmatan yang kita beli atau jual, kadar pertukaran ringgit adalah berdasarkan jumlah permintaan pelabur asing, perniagaan dan individu terhadap ringgit dalam pasaran FX untuk bekalan tertentu.

Antara faktor yang mempengaruhi nilai ringgit ialah:

Perbezaan kadar faedah

Jika kadar faedah di Malaysia lebih rendah berbanding dengan negara lain, pelabur akan mengalihkan aset mereka dari Malaysia untuk memperoleh pulangan yang lebih tinggi di luar negara. Tindakan ini mengurangkan permintaan terhadap ringgit, yang seterusnya akan menyebabkan ringgit lebih lemah.

Inflasi berbanding dengan negara lain

Jika barangan dan perkhidmatan di Malaysia lebih mahal berbanding dengan di negara lain, permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan Malaysia akan berkurang. Keadaan ini mengurangkan permintaan terhadap ringgit yang seterusnya akan menyebabkan ringgit lebih lemah.

Syarat perdagangan

Syarat perdagangan mengukur nisbah harga eksport kepada harga import. Jika harga eksport Malaysia bertambah pada kadar yang lebih tinggi berbanding dengan import, permintaan terhadap ringgit yang meningkat akan seterusnya menyebabkan ringgit lebih kukuh.

Kestabilan ekonomi

Jika ekonomi Malaysia dianggap sebagai selamat dan kukuh, lebih banyak individu akan mahu melabur di Malaysia, yang akan menyebabkan lebih banyak permintaan dan seterusnya ringgit yang lebih kukuh.

Prospek pertumbuhan global

Jika prospek pertumbuhan global menjadi lemah, permintaan luaran bagi barangan dan perkhidmatan Malaysia juga menurun, mengakibatkan ringgit yang lebih lemah.

Memahami pemacu jangka pendek dan jangka panjang

Kadar pertukaran boleh bergerak atas sebab yang berbeza dan dalam tempoh masa yang berbeza.

Pemacu jangka pendek

Dalam jangka pendek, kadar pertukaran mungkin bertindak balas dengan pantas terhadap:

  • Perubahan sentimen pasaran

  • Perubahan jangkaan pelabur

  • Turun naik pasaran kewangan

  • Perkembangan geopolitik

  • Berita ekonomi yang tidak dijangka

Akibatnya, kadar pertukaran boleh bergerak dengan ketara dalam tempoh beberapa hari atau minggu walaupun asas ekonomi yang mendasari kekal tidak berubah.

Pemacu jangka panjang

Dalam tempoh yang lebih panjang, kadar pertukaran cenderung dipengaruhi oleh asas ekonomi yang lebih luas, termasuk:

  • Prestasi ekonomi

  • Pertumbuhan produktiviti

  • Daya tarikan pelaburan

  • Prestasi perdagangan

  • Pembaharuan struktur

Memahami perbezaan antara pergerakan pasaran jangka pendek dan aliran ekonomi jangka panjang dapat memberikan perspektif yang lebih seimbang apabila menilai perkembangan kadar pertukaran.

Baca lagi: Laporan Tahunan 2024 

Mengukur Kadar Pertukaran

Terdapat banyak cara untuk mengukur kadar pertukaran.

Pergerakan kadar pertukaran dan ekonomi

Pergerakan kadar pertukaran merupakan ciri semula jadi rejim kadar pertukaran fleksibel. Apabila keadaan ekonomi dan kewangan berkembang, nilai ringgit menyesuaikan diri sebagai tindak balas terhadap perubahan permintaan dan bekalan bagi mata wang tersebut.

Pelarasan ini boleh memberi kesan yang berbeza kepada kumpulan yang berbeza. Sebagai contoh, ringgit yang lebih kukuh boleh mengurangkan kos barangan dan perkhidmatan import, manakala ringgit yang lebih lemah boleh menyokong daya saing eksport dan aktiviti pelancongan. Kesan keseluruhan bergantung kepada cara isi rumah, perniagaan dan sektor berinteraksi dengan ekonomi global.

Bukannya bergerak dalam satu arah sepanjang masa, kadar pertukaran turun naik sebagai sebahagian daripada proses penyesuaian ekonomi. Fleksibiliti ini membolehkan kadar pertukaran bertindak balas terhadap perubahan keadaan domestik dan global, membantu ekonomi menyesuaikan diri dengan perkembangan dan kejutan luaran dari semasa ke semasa.

Menilai pergerakan ringgit

Terdapat banyak cara untuk mengukur kadar pertukaran.

Kadar pertukaran dua hala

Cara yang paling lazim ialah menggunakan kadar pertukaran dua hala, iaitu nilai satu mata wang berbanding dengan mata wang lain. Kita sering melihat ringgit dibandingkan dengan dolar AS, kerana dolar AS merupakan mata wang yang paling banyak didagangkan di seluruh dunia. Sebagai contoh, kadar pertukaran MYR/USD memberikan anda jumlah ringgit yang anda akan terima bagi setiap dolar AS yang anda tukar. Hal ini bermakna kadar pertukaran MYR/USD sebanyak 4 akan memberikan anda 4 ringgit bagi setiap dolar AS.

Cross currency rates

Sementara itu, BNM menggunakan kadar mata wang bersilang untuk mengira kadar pertukaran antara dua mata wang yang kedua-duanya dinilai berbanding dengan satu mata wang lain. Sebagai contoh, jika kita tahu nilai euro berbanding dengan USD dan nilai ringgit berbanding dengan USD. Bagaimanakah kita dapat mengetahui nilai ringgit berbanding dengan euro?

Seperti yang ditunjukkan di bawah, pada Oktober 2026, kadar pertukaran ringgit berbanding USD ialah 4.06, manakala euro berbanding USD ialah 0.89. Untuk mendapatkan kadar silang ringgit kepada euro, kita membahagikan nilai ringgit kepada USD dengan nilai euro kepada USD (4.06 / 0.89 = 4.56). Oleh itu, kadar silang ringgit kepada euro ialah 4.56.

cross_fx_bm2

Kita juga boleh melihat pergerakan relatif antara mata wang tersebut. Nilai ringgit menyusut nilai berbanding USD pada tahun 2026, iaitu sebanyak 0.25% — daripada USD1 = RM4.05 pada Disember 2025 kepada USD1 = RM4.06 pada Oktober 2026. Namun begitu, nilai euro melemah lebih ketara berbanding USD berbanding ringgit dalam tempoh yang sama, iaitu sebanyak 4.7% — daripada USD1 = €0.85 pada Disember 2025 kepada USD1 = €0.89 pada Oktober 2026. Ini bermakna bahawa apabila ringgit dibandingkan dengan euro, ringgit sebenarnya telah mengukuh berbanding euro.

Kadar pertukaran efektif nominal (NEER)

Sebagai ekonomi pengeksport bersih, kita seharusnya bukan sahaja membandingkan ringgit dengan dolar AS tetapi mengambil pandangan yang lebih luas dan membandingkan ringgit dengan mata wang lain, khususnya rakan perdagangan utama Malaysia. Bagi tujuan ini, kita boleh menggunakan penunjuk yang dikenali sebagai kadar pertukaran efektif nominal (nominal effective exchange rate, NEER). NEER mengambil kira pergerakan ringgit berbanding dengan sekumpulan mata wang. Nilai mata wang asing dalam kumpulan ini lazimnya diwajarkan mengikut nilai perdagangan dengan sesebuah negara (domestic country). Nilai ini mungkin nilai eksport atau import, jumlah nilai eksport dan import digabungkan atau ukuran lain.

Apabila nilai ringgit meningkat berbanding dengan kumpulan mata wang ini, NEER dianggap sebagai meningkat. Apabila nilai ringgit jatuh berbanding dengan kumpulan mata wang ini, NEER telah menurun.


Rangka Kerja Dasar Kadar Pertukaran

Malaysia menggunakan rejim kadar pertukaran fleksibel, di mana nilai ringgit ditentukan oleh permintaan dan bekalan dalam pasaran pertukaran asing.

Sebagai ekonomi kecil dan terbuka, Malaysia berkait rapat dengan perkembangan dalam ekonomi dan pasaran kewangan global. Kadar pertukaran yang fleksibel membolehkan ringgit menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan sambil menyokong keupayaan ekonomi untuk bertindak balas terhadap perkembangan dan kejutan luaran.

Rangka kerja ini menyokong objektif kestabilan monetari yang lebih luas dengan membolehkan dasar monetari kekal tertumpu pada keadaan ekonomi domestik dan usaha mengekalkan kestabilan harga, manakala ringgit menyesuaikan diri dengan perkembangan ekonomi dan kewangan yang berubah. Pada masa yang sama, pasaran pertukaran asing yang berfungsi dengan baik membolehkan perniagaan, pelabur dan peserta pasaran lain menguruskan keperluan pertukaran asing mereka dengan cekap, menyokong daya tahan ekonomi dalam persekitaran global yang sentiasa berkembang.

Peranan BNM dalam menggalakkan kestabilan harga

Objektif utama Bank Negara Malaysia ialah mengekalkan kestabilan harga sambil menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Kestabilan harga bermaksud perubahan dalam paras harga keseluruhan kekal rendah, stabil dan boleh diramal dari semasa ke semasa. Apabila harga stabil, isi rumah dan perniagaan boleh membuat keputusan yang lebih termaklum tentang perbelanjaan, simpanan dan pelaburan. Persekitaran harga yang stabil juga menyokong perancangan perniagaan, pelaburan dan penciptaan pekerjaan, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Sebaliknya, perubahan harga yang besar dan tidak dapat diramal boleh mewujudkan ketidakpastian dan menjejaskan kuasa beli. Inflasi yang tinggi boleh meningkatkan kos sara hidup dan menyukarkan isi rumah dan perniagaan untuk merancang ke hadapan. Tempoh harga jatuh yang berpanjangan juga boleh memudaratkan apabila ia mencerminkan permintaan dan aktiviti ekonomi yang lemah. Mengekalkan kestabilan monetari justeru membantu mewujudkan persekitaran yang lebih stabil bagi keputusan ekonomi dan pertumbuhan jangka panjang.

Sebagai sebahagian daripada mandat ini, BNM menilai pelbagai perkembangan domestik dan global, termasuk pertumbuhan ekonomi, inflasi dan keadaan kewangan. Pergerakan kadar pertukaran ialah salah satu faktor yang dipertimbangkan kerana ia boleh mempengaruhi inflasi, perdagangan dan keadaan ekonomi yang lebih luas. Namun, BNM tidak menyasarkan paras ringgit tertentu. Sebaliknya, kadar pertukaran dibenarkan menyesuaikan diri sebagai tindak balas terhadap asas ekonomi dan keadaan pasaran.

Peranan BNM bukanlah untuk menentukan paras ringgit.

Sebaliknya, objektif BNM adalah untuk memastikan pasaran pertukaran asing kekal teratur dan terus berfungsi dengan berkesan.

Mengapakah Malaysia menggunakan kadar pertukaran fleksibel

Menyokong penyesuaian ekonomi

Pada waktu sukar, ringgit yang fleksibel membantu mengurangkan kesan kepada ekonomi kita daripada perubahan keadaan global, dengan melaraskan harga relatif barangan dan perkhidmatan kita. Walaupun ia akan menjadikan harga import lebih mahal, ringgit yang lebih lemah juga menjadikan eksport kita lebih berdaya saing dan barangan serta perkhidmatan domestik lebih menarik, kerana ia menjadi relatif lebih murah. Ini membantu menyokong pekerjaan dan pendapatan dalam industri berorientasikan eksport dan membantu mengelakkan kemerosotan mendadak dalam perbelanjaan isi rumah. Sebaliknya, ringgit yang lebih kukuh meningkatkan penggunaan barangan dan perkhidmatan import kerana ia menjadi relatif lebih murah.

Bertindak sebagai penyerap kejutan

Dengan keadaan pasaran kewangan yang teratur, di mana tiada ayunan besar dan mengganggu dalam kadar pertukaran, kadar pertukaran yang fleksibel berfungsi sebagai penyerap kejutan – bukan penguat kejutan – kepada ekonomi domestik. Ini membantu perniagaan merancang dan membuat keputusan perniagaan dan pelaburan dengan lebih pasti, yang akan menyokong pemulihan yang lebih mampan.

Mengekalkan kebebasan dasar monetari

Kadar pertukaran yang fleksibel membolehkan Jawatankuasa Dasar Monetari menetapkan kadar dasar secara bebas, berdasarkan prospek pertumbuhan dan inflasi domestik Malaysia. Jika ringgit ditambat, Malaysia perlu mengikuti pergerakan dasar monetari mata wang yang menjadi tambatan ringgit.

Mengapakah Malaysia tidak menambat ringgit?

Dari semasa ke semasa, timbul persoalan sama ada Malaysia harus menggunakan kadar pertukaran tetap atau menambat ringgit kepada mata wang lain.

Kadar pertukaran tetap boleh memberikan kepastian yang lebih besar dalam kadar pertukaran berbanding mata wang tertentu. Namun, mengekalkan kadar pertukaran tetap melibatkan pertukaran balas (trade-off) yang penting.

Di bawah rejim kadar pertukaran tetap, dasar monetari perlu menumpukan pada mengekalkan tambatan. Ini akan menghadkan fleksibiliti untuk melaraskan dasar monetari sebagai tindak balas terhadap keadaan ekonomi dan inflasi Malaysia sendiri.

Malaysia ialah ekonomi yang sangat terbuka yang bergantung pada perdagangan antarabangsa, pelaburan dan aliran kewangan rentas sempadan. Justeru, Malaysia mendapat manfaat daripada mengekalkan keterbukaan kepada aliran modal antarabangsa dan membenarkan perniagaan serta pelabur menjalankan urus niaga secara bebas merentasi sempadan.

Pada masa yang sama, dasar monetari perlu kekal tertumpu pada keadaan ekonomi domestik supaya BNM dapat bertindak balas dengan sewajarnya terhadap perkembangan yang menjejaskan inflasi dan pertumbuhan di Malaysia.

Ini merupakan salah satu sebab utama Malaysia menggunakan rejim kadar pertukaran fleksibel hari ini.


Dilema Dasar Tiga Penjuru

Bank pusat di seluruh dunia perlu memilih untuk mempunyai aliran modal tanpa sekatan, kadar pertukaran asing yang tetap atau dasar monetari yang bebas (rujuk tiga penjuru pada segi tiga dalam rajah). Hanya dua daripada tiga pilihan boleh dicapai pada satu-satu masa.

  • Sisi A: Jika sesebuah negara menetapkan kadar pertukarannya dan membenarkan aliran modal merentasi sempadannya tanpa sekatan, negara itu tidak boleh mempunyai dasar monetari yang bebas.

  • Sisi B: Jika sesebuah negara memilih aliran modal tanpa sekatan dan mahukan dasar monetari bebas, negara itu tidak boleh mempunyai kadar pertukaran asing yang tetap.

  • Sisi C: Jika sesebuah negara menetapkan nilai mata wangnya dan mempunyai dasar kadar faedah yang bebas, negara itu tidak boleh membenarkan aliran modal merentasi sempadannya tanpa sekatan.

mp-trilemma-1-bm

Untuk menggambarkan perkara ini, BNM menetapkan kadar dasar monetari secara bebas (iaitu mengambil kira pertumbuhan dan inflasi Malaysia) serta membenarkan pelabur membuat pelaburan atau mengeluarkan wang daripada Malaysia (Sisi B). Bayangkan satu senario iaitu BNM menetapkan kadar pertukaran dengan menambat ringgit kepada dolar AS pada kadar lebih rendah (iaitu lebih kukuh) berbanding dengan kadar pertukaran ringgit yang sedia ada. Pada masa yang sama, BNM menetapkan kadar faedah pada kadar yang kebetulan lebih rendah daripada kadar dasar di AS berikutan prospek ekonomi dalam negeri. Hal ini akan menyebabkan modal asing keluar dari Malaysia untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi di AS. Keadaan ini akan mengurangkan permintaan terhadap ringgit yang akhirnya menghakis kemampanan tambatan kadar pertukaran. Sebaliknya, jika prospek ekonomi dalam negeri memerlukan kadar dasar ditetapkan pada paras yang lebih tinggi daripada kadar dasar di AS, tindakan ini akan menarik modal masuk ke dalam negara dan ringgit akan menjadi kukuh. Pelaksanaan ketiga-tiga sisi segi tiga adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat dibuat, dan hal ini merupakan dilema dasar monetari tiga penjuru.

Oleh itu, negara perlu memilih kedudukan sisi segi tiga yang mereka mahukan.

If Malaysia were to peg the ringgit, there would be significant trade-offs and costs involved.

  • Malaysia will lose independence of our monetary policy as we need to follow the monetary policy of the currency that the ringgit is pegged to. For example, if the ringgit is pegged to the US dollar, we will need to raise the OPR whenever the US Fed raises their interest rates, even though Malaysia is at a different stage of economic recovery and inflation level. In this case, Malaysia won't be able to set our own monetary policy and the people will have to bear high financing costs even though our economy has not recovered to the same level as the US economy.

  • In order to maintain a peg, we need a significant amount of international reserves, or capital control measures need to be imposed to prevent or counter speculative pressures on the ringgit. Selective exchange control measures were an important factor contributing to the success of the fixed exchange rate regime in 1998. However, the negative impact from these measures on investor confidence, if introduced now would be extremely costly and could affect capital flows as we have a much larger capital market now compared to 1998.

Proponents of repegging the ringgit often cite our experience during the Asian Financial Crisis. Although pegging and selective foreign exchange control measures worked for Malaysia in 1998, it is not the right solution for the challenges we face today. We are now a very different Malaysia, and our economy has come a long way since the 1990s. The Malaysian economic and financial system are in a much better position today to withstand global financial market volatility and exchange rate movements. Our external position is also strong, given our positive net external creditor position and sizable foreign currency assets that far exceed our foreign currency liabilities. Our international reserves are adequate while our banking system is also now much better capitalised. A peg will no longer work for us. What's best for us now is a floating exchange rate.


Menggalakkan pasaran pertukaran asing yang teratur dan berfungsi dengan baik

Walaupun ringgit ditentukan oleh pasaran, BNM memainkan peranan penting dalam menyokong pasaran pertukaran asing yang teratur dan berfungsi dengan baik.

Pasaran pertukaran asing yang berkesan membantu perniagaan, pelabur dan peserta pasaran lain menguruskan keperluan dan risiko pertukaran asing mereka dengan cekap.

Usaha BNM bertujuan untuk:

  • menyokong kecairan pasaran;

  • menggalakkan penyertaan pasaran dua hala yang seimbang;

  • menggalakkan penemuan harga yang berkesan; dan

  • mengurangkan turun naik berlebihan yang boleh mengganggu aktiviti ekonomi.

Usaha ini menyumbang kepada pasaran pertukaran asing yang lebih mendalam dan berdaya tahan yang boleh terus menyokong keperluan ekonomi dan kewangan Malaysia.


Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?