Pengguna Kewangan
Perkhidmatan kewangan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Sama ada anda membuka akaun bank, membuat pembayaran digital, memohon pinjaman, mendapatkan perlindungan insurans atau takaful, atau merancang untuk persaraan, keputusan yang anda buat hari ini boleh memberi kesan jangka panjang terhadap kesejahteraan kewangan anda.
Bank Negara Malaysia (BNM) komited untuk menggalakkan sistem kewangan yang adil, inklusif, selamat dan responsif terhadap keperluan pengguna.
Kami mengharapkan penyedia perkhidmatan kewangan (FSP) untuk responsif terhadap keperluan pengguna kewangan dan menghendaki mereka menjalankan perniagaan dengan cara yang dapat memupuk kepercayaan dan keyakinan orang ramai.
Cari nama individu atau syarikat untuk mengetahui sama ada Bank Negara Malaysia telah:
Menyenaraikannya dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan;
Mengeluarkan amaran berhubung ketidakpatuhan terhadap peraturan dan/atau undang-undang yang ditadbir olehnya; atau
Mengambil tindakan penguatkuasaan (sedang berjalan atau telah selesai).
Apakah peranan kami?
Kami berusaha memastikan perkhidmatan kewangan di Malaysia adalah adil, telus dan boleh diakses oleh semua. Kami menetapkan standard bagi institusi kewangan, menggalakkan keterangkuman kewangan dan pendidikan kewangan, serta membantu pengguna mendapatkan sokongan dan pembetulan apabila timbul masalah.
Mengapakah ia penting?
Setiap hari, pengguna membuat keputusan kewangan yang penting, daripada menguruskan simpanan dan pembayaran kepada pembiayaan, insurans dan perancangan persaraan. Sistem kewangan yang adil dan dipercayai membantu pengguna membina daya tahan kewangan, melindungi kesejahteraan kewangan mereka dan membuat keputusan termaklum dengan yakin.
Bagaimana kami menyokong pengguna
1. ​Melindungi pengguna kewangan
Kami menetapkan dan menguatkuasakan standard untuk menggalakkan layanan adil terhadap pengguna kewangan oleh institusi kewangan. Standard ini membantu memastikan pengguna menerima maklumat yang jelas, nasihat yang sesuai, akses yang adil kepada perkhidmatan kewangan dan saluran pembetulan yang berkesan apabila timbul masalah.
2. Memperkukuh keupayaan kewangan
Kami bekerjasama dengan rakan kongsi melalui Rangkaian Pendidikan Kewangan (FEN) untuk membantu pengguna:
Menguruskan wang dengan berkesan
Membina simpanan dan dana kecemasan
Merancang untuk persaraan
Memahami produk dan risiko kewangan
Melindungi diri daripada penipuan
Membangunkan kemahiran literasi kewangan digital
3. Menggalakkan keterangkuman kewangan
Kami berusaha memastikan semua rakyat Malaysia dapat mengakses dan menggunakan perkhidmatan kewangan secara bermakna, terutamanya segmen yang kurang terlayan dan terdedah.
Inisiatif termasuk:
Perbankan ejen dan Bank Bergerak
Inisiatif perbankan digital
Program keterangkuman kewangan
Produk dan perkhidmatan yang direka bagi komuniti yang kurang terlayan
4. Membina daya tahan kewangan
Kami menyokong pengguna dalam memperkukuh daya tahan kewangan mereka melalui:
Akses kepada perlindungan insurans dan takaful
Inisiatif mikroinsurans dan mikrotakaful
Kesedaran tentang perancangan persaraan
Program perlindungan sosial dan daya tahan kewangan
5. Membantu pengguna menyelesaikan masalah
Pengguna mempunyai akses kepada pelbagai mekanisme sokongan dan pembetulan apabila menghadapi kesulitan kewangan atau pertikaian.
Saluran yang tersedia termasuk:
Membuat aduan kepada Penyedia Perkhidmatan Kewangan (FSP) anda
Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS)
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Pendidikan Pengguna
Memberikan maklumat yang berkaitan bagi membantu anda membuat keputusan kewangan yang lebih termaklum.
Rangkaian Pendidikan Kewangan (FEN) merupakan sebuah gabungan antara agensi yang dipengerusikan bersama oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dengan keanggotaan yang terdiri daripada Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit serta Permodalan Nasional Berhad. Laman sesawang FEN menyediakan alat dan sumber literasi kewangan kepada rakyat Malaysia untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kewangan mereka, seterusnya membantu mereka membuat keputusan kewangan yang baik pada setiap peringkat kehidupan.
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyediakan khidmat nasihat, kaunseling dan bantuan bagi membantu individu mengurus keadaan kewangan mereka melalui penggunaan kredit secara berhemah. AKPK tidak menyediakan sebarang kemudahan kredit kepada pelanggan. Perkhidmatan yang disediakan adalah percuma.
Ikuti lebih 50,000 pengikut untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penipuan kewangan di Malaysia. Lindungi diri anda dan orang tersayang daripada penipuan kewangan!
Ketahui Lebih Lanjut
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.