Perolehan

Nota:
Pendaftaran sebagai pembekal dalam sistem kami tidak menjamin pemilihan bagi kontrak atau peluang perolehan dengan Bank Negara Malaysia (BNM).

Tindakan diperlukan untuk pemberitahuan melalui e-mel:
Bagi memastikan anda menerima semua pemberitahuan melalui e-mel, sila berhubung dengan pasukan IT anda untuk menyenarai putih (whitelist) alamat e-mel berikut sebelum memulakan pendaftaran:

supplier.support@bnm.gov.my

noreply@identity.oci.oraclecloud.com

dop_admin@dop.bnm.gov.my

Perkara ini juga terpakai kepada semua pembekal sedia ada bagi mengelakkan maklumat penting terlepas daripada diterima.

Bank Negara Malaysia (BNM) berpegang pada standard integriti dan kecemerlangan yang tertinggi dalam urusannya dengan pembekal. Bagi BNM, perolehan yang efektif adalah penting untuk mengekalkan kelancaran operasi fungsinya. Aktiviti perolehan BNM adalah berlandaskan pada tiga prinsip berikut:

Keadilan

Proses perolehan dilaksanakan supaya ianya adil, kompetitif dan bebas daripada pilih kasih. Semua pembekal akan mempunyai peluang yang sama untuk bersaing mendapatkan peluang perniagaan dan kontrak dengan BNM.

Integriti

Proses perolehan dan semua pihak yang terlibat adalah tertakluk kepada standard integriti tertinggi dan pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkenaan. BNM melarang dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk suapan atau rasuah.

Ketelusan

BNM komited untuk mengekalkan komunikasi terbuka dan proses yang jelas, sambil memupuk kepercayaan dalam kalangan semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam aktiviti perolehannya.

1. BNM mengamalkan dasar 'tiada hadiah'

Dalam menunjukkan komitmen kami untuk menegakkan integriti dan standard etika, kami menyediakan platform pemberi maklumat yang selamat kepada bakal pemberi maklumat untuk melaporkan sebarang kelakuan yang tidak beretika atau tidak wajar yang berkaitan dengan urusan kami dengan pembekal.

2. BNM memerlukan semua pembekal untuk mematuhi standard etika yang tinggi pada sepanjang proses perolehannya

Kod Tatakelakuan Pembekal (Supplier Code of Conduct, SCOC) kami menggariskan jangkaan kami terhadap pembekal, termasuk komitmen terhadap kelestarian, tanggungjawab sosial, dan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang penting. Dokumen ini menggantikan Kod Tatakelakuan Vendor (Vendor Code of Conduct, VCOC) yang berkuatkuasa mulai 1 November 2024. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kod Tatakelakuan Pembekal kami.

3. BNM memerlukan semua pembekal yang berminat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti tender dan sebutharga untuk mendaftar terlebih dahulu di Portal Pembekal BNM

Untuk mengetahui peluang perolehan terkini, lihat Senarai Notis Perolehan.

Jika anda berminat untuk menyertai proses perolehan BNM tetapi belum mendaftar, sila daftar di sini.

Jika anda sudah berdaftar, log masuk di sini.


Maklumat Berkaitan

Senarai Semak Pendaftaran

Sediakan dokumen anda

Garis Panduan

Membantu setiap langkah anda

Soalan Lazim

Jawapan kepada soalan yang biasa ditanya


Soalan Lazim

1. Bagaimanakah cara untuk mendaftar sebagai pembekal dengan Bank Negara Malaysia

Untuk mendaftar sebagai pembekal, sila kunjungi Pautan Pendaftaran Pembekal BNM. Sila cipta akaun, lengkapkan borang pendaftaran, dan muat naik dokumentasi yang diperlukan.

2. Apakah dokumen yang perlu saya hantar semasa pendaftaran?

Set dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran ada disenaraikan di dalam Senarai Semak Pendaftaran Pembekal.

3. Adakah saya dijamin akan terpilih untuk diberi kontrak sekiranya saya mendaftar?

Tidak. Pendaftaran sebagai pembekal prospektif akan membolehkan pembekal menerima pemakluman dan mengambil bahagian dalam proses aktiviti tender BNM.

4. Adakah terdapat sebarang yuran langganan untuk diterima masuk sebagai pembekal BNM?

BNM tidak mengenakan sebarang bayaran untuk pendaftaran di Pportal Pembekal atau untuk mengambil bahagian dalam tender BNM.

5. Bagaimanakah cara untuk memilih produk dan perkhidmatan yang sesuai dengan perniagaan saya di portal perolehan?

Pembekal prospektif harus memilih kategori yang paling sesuai dengan barangan, perkhidmatan, atau kerja yang mereka sediakan. Pembekal boleh memilih lebih daripada satu kategori yang paling hampir dengan sifat barangan atau perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat mereka.

6. Apakah jenis barangan yang perkhidmatan yang diperoleh oleh BNM?

BNM membuat perolehan untuk pelbagai barangan dan perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada perisian kewangan, pengurusan kemudahan, bekalan pejabat, perkhidmatan perundingan, infrastruktur IT, dan program latihan. Untuk peluang tertentu, sila semak portal pembekal kami.

7. Bagaimanakah boleh saya menyemak status pendaftaran saya?

Sebaik sahaja anda menghantar permohonan, anda akan menerima e-mel pengesahan. Pemakluman mengenai status pendaftaran anda biasanya dihantar melalui e-mel. Pastikan untuk menyemak spam atau sampah anda jika anda tidak menjumpai e-mel dalam peti masuk e-mel anda. Untuk pertanyaan mengenai status pendaftaran anda, sila hubungi pasukan perolehan kami melalui e-mel di supplier.support@bnm.gov.my.

8. Bolehkah saya melayari senarai peluang dan tender semasa walaupun saya belum mendaftar?

Ya. Sila klik pada pautan "Notis Perolehan". Walau bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai tender dan keperluannya hanya boleh diakses oleh pembekal prospektif yang diluluskan.

9. Adakah terdapat tarikh akhir pendaftaran sebagai pembekal

Tiada tarikh akhir. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk mendaftar secepat mungkin untuk layak mendapat peluang perolehan yang akan datang.

10. Adakah terdapat garis masa khusus untuk proses pendaftaran pembekal

Proses pendaftaran biasanya mengambil 3-5 hari bekerja, bergantung kepada kesempurnaan permohonan anda dan jumlah penyerahan. Anda akan dimaklumkan melalui e-mel sebaik sahaja pendaftaran anda diproses.

11. Bolehkah pembekal asing mendaftar untuk menyediakan barang perkhidmatan?

Ya, pembekal asing boleh mendaftar jika mereka dapat memberikan dokumen yang disenaraikan dalam Senarai Semak Pendaftaran Pembekal.

12. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya maklumat syarikat berubah?

Adalah menjadi tanggungjawab pembekal untuk memastikan akaun mereka dikemas kini. Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada maklumat syarikat anda (misalnya alamat, butiran perhubungan, maklumat perbankan), sila kemas kini profil anda di Portal Pembekal BNM untuk memastikan rekod terkini dan tepat.

13. Apa akan berlaku jika permohonan saya ditolak?

Jika permohonan anda tidak berjaya, anda akan menerima pemberitahuan berserta alasan penolakan. Anda boleh menangani isu-isu yang dibangkitkan dan memohon semula.

14. Saya risau tentang kerahsiaan maklumat sensitif komerisal. Betapa selmatnya portal ini?

Untuk melindungi kerahsiaan maklumat yang diberikan, akses kepada maklumat anda terhad kepada pengguna berdaftar anda dan Unit Pengurusan Pembekal di BNM. Semua maklumat adalah tertakluk kepada keperluan Akta Perlindungan Data Pengguna 2010 (PDPA).

15. Adakah saya perlu mendaftar semula setiap tahun?

Sebaik sahaja didaftarkan, butiran pembekal akan kekal dalam sistem. Pembekal boleh mengemas kini maklumat mereka pada bila-bila masa. Adalah penting bagi pembekal untuk memastikan bahawa semua dokumen yang dilampirkan dalam Portal Pembekal BNM adalah yang terkini.

16. Adakah BNM menyediakan latihan untuk pembekal baru?

BNM menyediakan sumber rujukan dan garis panduan di laman web perolehan untuk membantu pembekal memahami proses dan keperluan pendaftaran kami.

17. Bolehkah saya menyimpan kemajuan pendaftaran saya dan melengkapkannya pada masa lain?

Ya, portal pendaftaran membolehkan anda menyimpan kemajuan pendaftaran anda dan kembali melengkapkan pendaftaran pada masa lain. Pastikan anda menyimpan kerja anda dengan kerap untuk mengelakkan kehilangan sebarang maklumat.

18. Bagaimana jika saya lupa nama pengguna dan/atau kata laluan?

Jika anda lupa nama pengguna dan kata laluan anda, anda boleh menetapkan semula dengan mengklik pada pautan "Lupa Kata Laluan" pada halaman log masuk dan ikut arahan yang dihantar ke alamat e-mel berdaftar anda.

19. Siapa yang boleh saya hubungi jika saya memerlukan khidmat sokongan peluang perniagaan iaitu penjelasan mengenai soalan khusus mengenai salah satu borang?

Untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan khidmat sokongan peluang perniagaan, anda boleh mencapai pasukan perolehan kami melalui e-mel di supplier.support@bnm.gov.my

20. Apa yang harus saya lakukan jika saya menghadapi masalah teknis iaitu menerima mesej ralat semasa pendaftaran dengan Portal Pembekal BNM?

Untuk isu-isu teknikal yang berkaitan dengan Portal Pembekal BNM, sila rujuk bahagian bantuan di portal atau hubungi pasukan sokongan teknikal kami melalui e-mel di cpd_systemsupport@bnm.gov.my.


Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?